Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Jul 11, 2011

Bernama: Guna Dinar Emas



Negara Islam disaran guna dinar emas

ALOR SETAR 9 Julai - Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata, mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.

Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan.

"Jual beli dinar mempunyai susut nilai yang kecil iaitu sebanyak lima peratus berbanding 30 peratus bagi emas perhiasan yang terdapat di kedai emas.

"Malah keuntungan bagi simpanan dinar selama setahun boleh mencecah 37 hingga 50 peratus," katanya. - BERNAMA

Jul 6, 2011

LiteGold Pendant




Produk terbaru dalam pasaran dan juga merupakan produk terbaru dalam koleksi jualan kami, LiteGold Pendant. Terdapat dalam berat 5g, 10g & 20g.
Sesuai digunakan untuk perhiasan, simpanan dan perlaburan.
Anda bijak... buatlah pilihan yg sesuai.
Kalau berkanan hubungi kami... stock sediaada.

Jul 3, 2011

Minggu terbaik memborong emas


GRAF 1: Harga Emas Terkini


GRAF 2: Pattern Harga Emas Sepanjang tahun

Minggu ini emas berada di tahap paling murah sejak May 2011. Amat sesuai untuk menambah stock bagi memaksimumkan pulangan pelaburan. Berdasarkan berita dari Blomberg, emas akan melantun kembali.
Dengan pelbagai isu inflasi, memang sesuai jika duit fiat ini ditukarkan kepada emas.

Sila rujuk graf.
Graf 1 menunjukkan pattern terkini
Graf 2 menunjukkan pattern sama akan berlaku sepanjang tahun, ia akan rendah dan kemudian naik. Rujuk kotak

Apa tunggu lagi... hubungi saya untuk LOCK EMAS ANDA!!!!

Jun 9, 2011

Reload Stock



Reload stock 20g & 1 dinar, nampak harga semakin cantik maka sudah tiba masanya la untuk mengreload stock. Aduhai abis la bajet untuk raya sebab semuanya sudah ditukarkan kedalam bentuk emas... 'jangan risau saftey box tu banyak lagi ruang kosong... hahahahahahaaaaaa'

Jun 6, 2011

Rantai Tangan Melor Pasir

Rantai tangan 916
Berat: 20.22g
Harga: RM3300
Nota: Baru lagi ni, baru amik dari supplier.

Saja nak mencuba jual beli barang kemas pula. Sesuai untuk disimpan, dipakai & diarrahnukan.

Reload stock 1 Dinar.

Reload 1 Dinar PG, Alhamdulillah, berjaya mereload stock 1 dinar pg nih. Setelah hampir kehabisan stock. Terima kasih semua di atas sokongan dan kepercayaan anda.

10g Telah bertukar tuan

Terima kasih, 10g PG telah bertukar tuan. Semoga berbahagia bersama tuan baru. Pesana tuan lama kepada 10g tersebut 'Jangan nakal-nakal, bersopan-santun dan sentia meningkatkan harga diri'.