Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Jan 26, 2011

Perak - Dinar Emas & Dirham Perak

Perak perkenal dinar emas, dirham perak


2011/01/26

IPOH: Dinar emas dan dirham perak yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri Perak pada penghujung bulan depan adalah dalam bentuk instrumen simpanan dan pelaburan dengan tujuan untuk memberi keuntungan kepada rakyat.

Pengerusi Goldnet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin, berkata dinar emas
dan dirham perak itu tidak akan digunakan sebagai mata wang seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.
"Goldnet International dan kerajaan negeri Perak akan mengambil peluang
meneroka pengalaman luas Kuwait Finance House (KFH) yang sebelum ini menawarkan akaun emas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA
di sini hari ini.

Beliau berkata, dinar emas dan dirham perak itu akan dikeluarkan oleh Goldnet
International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber
Manusia, Sains dan Teknologi negeri Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata, Perak
sedang bekerjasama dengan KFH untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana
institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian berkenaan.

Beliau berkata, dengan memperkenalkan dinar emas dan dirham ia akan mempelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kewangan rakyat.

Katanya, segala perincian, mekanisme serta bentuk dinar dan dirham berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti. - BERNAMA

Jan 7, 2011

Harga emas cecah RM150 satu gram



Pelbagai akhbar utama menyiarkan berita mengenai ramalan kenaikkan harga emas kepada AS$1,500 seauns (RM150 segram) tahun 2011 ini, berbanding AS$1,3000 seauns (RM136 segram) kini.

Dengan ramalan daripada pakar ini, adakah masih menunggu lagi... menjadi pemerhati tentang kenaikan harga emas dan juga barangan lain... dan juga jadi pengkritik sahaja... tanpa tindakan....

CEPAT BORANG EMAS ... sebagai medium simpanan kekayaan... harta bertambah inflasi pun tak risau.


Berita Harian
Harga emas cecah RM150 satu gram
Oleh Shahrizan Salian dan Mohd Zaky Zainuddin

2011/01/07

HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.

Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.

Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.
“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.

Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.

Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.

Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.
Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.

Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.

Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.

Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan.

Jan 3, 2011

Dinar untuk Anak Anda

Sempena sesi persekolahan bermula ni, adalah sesuai jika menghadiahkan anak-anak ini dengan dinar atau dirham. Biarkah mereka berjinak-jinak dengan dinar & dirham, ini lebih baik daripada membelikan mereka mainan yg ntah apa-apa.

Jika setiap tahun ibubapa memberikan dinar kepada anak-anak ini, bilamana mereka telah menduduki SPM (atau peperiksan yg seangkatan), dapat la dinar ini membantu membiayai pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Inflasi ... tak perlu bimbang lagi.


Dibawah ini adalah kira-kira ringkas, bagaimana pengumpulan dinar dari darjah satu sehingga tingkatan 5 dapat membantu anak-anak ini. Kiran ini berdasarkan nilai dinar akan meningkat sebanyak 20% setahun (berdasarkan kadar peningkatan emas masakini .. ada berani).




Lutfi & Dinar Miliknya