Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Sep 28, 2011

1Dinar Kelantan laminate


Setelah sekian lama mencari-cari 1dinar kelantan laminate edisi lama ni... dapat juga akhirnya. Boleh la buat koleksi peribadi.

Kelebihan :-
1) Rasa puas dapat memiliki dinar yang rare ni
2) Senang nak jual sebab ramai pengemarnya
3) Boleh menunjuk-nunjk kepada kekawan

Kelemahan :-
1) Harga mahal dari harga pasaran emas sebab barang rare
2) Walaupun harga tinggi, ia tak boleh dijual sebab sayang dan sukar mendapatkannya semula.
3) Jual kat pajak, sama jer dengan emas yang lain
4) Memang susah nak cari

Harap dapat membantu pada sesapa yang berhajat untuk mendapatkannya.

Sep 20, 2011

Goldbar PG 50g


Baru jer dapatkan goldbar pg 50g. Rasa best pulak, dah lama tak pegang 50g ni. Memang sangat cantik. So, apa kelebihan goldbar 50g ni yer.
Di bawah ini adalah pendapat saya :

Kelebihan goldbar 50g :-
a) Sesuai untuk dibuat simpanan. Dibanding dengan yg kecil tu, ia lebih senang dibawa dan disimpan. Tak la tercicir sana sini.
b) Spred yang rendah, kira-kira 5.4%, oleh yang demikian roi adalah lebih senang.
c) Sekali urusniaga oleh dapat untung/margin yang besar.

Kelemahan goldbar 50g :-
a) Agak sukar jika hendak menjual dengan harga tinggi sikit dari harga web.
b) Transaksi wang ada limit, biasanya limit keluaran atm/ebanking adalah rm5000, pada masa ni harga goldbar pg 50g adalah rm9697. So jualbeli biasanya dilakukan di bank ... tak boleh buat ditepi jalan atau warung mamak.
c) Nak cari customer yg boleh belanja rm9k pun susah gak.

Sep 9, 2011

Kijang Emas


Kijang emas ni baru saja masuk perangkap, susah gak la nak tangkap.. tunggu punya tunggu baru la dapat. Berat dia 1oz, berkeadaan baik dan sangat cantk.
saya cadang nak ternak... supaya membiak dan baranak-pinak.

Sep 5, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.
Kedai dibuka semula. Marilah kita memeriahkan jual beli emas ni.