Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



May 28, 2012

Apa nak buat masa harga emas jatuh ni..?

Apa nak buat masa harga emas jatuh ni..?

Sekarang ni adalah masa harga emas jatuh ni..terendah dalam masa 6 bulan.
Ada yang suka dan ada yang duka.
Apa nak buat masa harga emas jatuh ni... ada yang tanya otai2 dan mendapat jawapan yang saya iaitu...
'masa emas murah kena tambah stock' ... memang sedap cadangan ni... tapi itu adalah solusi kepada yang ada modal bergunung... yang modal ciput.. rasa nak menampar jer...sapa yg bagi nasihat tu...

Di bawah ni ada beberapa tips untuk yang sedih/duka masa harga emas turun.
Tips 1:
Masa emas turun ni... cuba gi tengok emas anda... teliti bebetul... ada berkurangan ke.. yang 20g tu jadi 18g ke?... yang 10g ...jadi ..9g ke... sudah tentu tak berkurangan kan... oleh yang demikian tak perlu risau..
Anda/saya adalah insan bijak yang menyimpan kekayaan dalam 'real property'. Kejatuhan ini adalah pada digit sahaja... pada hakikatnya ..kekayan kita tetap sama... Oleh yg demikian... kita akan ceria sikit bila harga jatuh ni...
Bayangkan yang menyimpan kekayaan dalam bentuk saham... apabila harga jatuh ... apa jadi...

Tips 2:
Tengok jer graf pergerakan harga emas yang lama-lama. Anda/saya akan rasa lega dan ceria sikit...harga emas ni memang ada turun naiknya... tapi jangka masa panjang.. emas tetap naik...
Oleh yang demikian simpan je emas yang ada tu..
Tapi macam mana pulak jika nak guna duit...sila perhatikan Tips 3 dan Tips 4

Tips 3:
Jika mempunyai keyakinan yang emas akan naik dalam masa 4 hingga 6 bulan akan datang, dan nak guna duit. Boleh la dipajakkan/di arrahnukan.
Tapi setelah dipajakkan, jangan guna semua duit yang diperolehi, simpan sebahagian untuk membayar upah.
Tips ini juga sesuai jika anda/saya berkeyakinan dalam masa 4 hinga 6 bulan, akan ada duit/budget yang akan diperolehi untuk menebus barang di arrahnu.

Tips 4:
Ini adalah tips yang terbaik. Gunakan lah peluang ini untuk melakukan jual beli. Masa emas murah ni sangat sesuai untuk jual beli emas yang ada.
Contoh:-
- Goldbar PG 20g - masa belu dulu RM3800
- Jual kat kekawan dengan harga semasa/web PG  RM3450
- Beli balik dari saya (dealer PG) dgn harga RM3400
- So untung RM50 dan anda masih ada 20g emas.
- Jika dilakukan sebanyak 8 kali, dapat la pulangan balik beza harga emas dulu dan sekarang RM400

Ramalan Harga Emas Minggu 28-5-2012

Ramalan Harga Emas Minggu 28-5-2012

Emas dijangka tingi sedikit minggu ini. support price di sekitar USD1520 dan resistance di sekitar USD1600.
Penganalisa berpendapat, ketidaktentuan ekonomi Greek memberi kesan terhadap pergerakan emas.
Ditambah pula pilihanraya Greek yang akan diadakan beberapa minggu lagi.