Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Jul 29, 2011

China Gold Demand May Surpass India

Disamping kebimbangan tentang keruntuhan ekonomi US, rakyat China telah mengambil langkah bijak dengan menyimpan kekayan mereka dalam bentuk emas. apa pula langkah kita?

China Gold Demand May Surpass India by End of This Year, Goldcorp CEO Says

Demand for physical gold in China may exceed consumption in India by the end of this year, said Chuck Jeannes, chief executive officer of Goldcorp Inc. (G), the world’s No. 2 producer of the metal by market value.

“Three or four years ago there was no one who would have expected Chinese physical demand for gold to surpass India,” Jeannes said yesterday in a telephone interview from New York. “Now it looks like that could happen as early as the end of this year. And that’s while Indian demand is increasing.”

While global demand for gold is advancing on concerns about financial turmoil in the U.S. and some European countries, consumers in China are buying larger amounts of the metal as an inflation hedge, Jeannes said.

Investment demand in China more than doubled in the first quarter to 90.9 metric tons as the nation overtook India to become the largest market for coins and bars, the World Gold Council said in May. India was the largest consumer of gold jewelry last year, according to data compiled by Bloomberg. Gold reached a record $1,631.20 an ounce on July 27 in New York on concern about a potential U.S. default and is heading for an 11th straight annual increase.

Demand for gold in both China and India may help lift the price of the precious metal, said Jeannes, who said he expects gold to advance to $1,700 an ounce by the end of the year.

“I predicted a $1,600 gold price at the beginning of the year, and am happy to see it there now,” Jeannes said. “I wouldn’t be surprised to see it move significantly higher by the end of the year.”

Goldcorp, based in Vancouver, is second by market value after Toronto-based Barrick Gold Corp. (ABX), the world’s largest gold producer.

Jul 21, 2011

Zakat Emas/Perak vs Zakat Simpanan/Pendapatan

Di bawah adalah beberapa pandangan mengenai zakat Emas/Perak dan juga zakat pendapatan/simpanan. Ianya saya ceduk dari beberapa forun di FB. Pandangan ini sesuai untuk dijadikan iktibar dan sebagai sesuatu yang patut kita fikirkan.

Pandangan 1:
------------
Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "
Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan dan bukan biji bijian melainkan jika dibu...at berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya : " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".
FB: Rafidi

Pandangan 2:
------------
Asal wang kertas dijadikan untuk memudahkan pertukaran bilamana terdapat barangan yang bernilai kecil yang sukar dipecahkan melalui nilaian dirham/daniq dan wang kertas disandarkan pada rezab emas yang ada, pada masa ini wang kertas masih bersifat numismatik dan hukum riba, zakat, muamalat terpakai sepertimana emas dan perak. Ini kera...na wang kertas tersebut boleh ditukarkan dengan emas pada masa itu.

Setelah lambakan wang kertas berlaku maka era penipuan wang kertas terjadi apabila ianya tidak lagi disandarkan lagi pada rezab emas tetapi kepada ekonomi negara itu sendiri yang mana hukum yang terdapat keatasnya yang diqiaskan pada emas dan perak sewajarnya tidak terpakai lagi. Selepas era inilah penipuan wang kertas semakin berleluasa dan tidak layak digelar wang sebaliknya sebagai hutang nilai kertas yang tertera pada cetakannya (akujanji pemerintah).

Demi mengaut keuntungan pihak yahudi/penjajah memaksa semua negara jajahannya menggunakan wang kertas dan mereka mengambil semua emas dan perak kerana mereka tahu emas dan perak lagi berharga dari kertas tetapi negara jajahan mengikut sahaja kerana wang kertas mudah dibahagikan berbanding emas dan perak, negara jajahan telah diasuh dan dididik menggunakan wang kertas dalam setiap urusan dan lupakan pasal nilai emas dan perak. Bila rezab emas tinggal sedikit pihak penjajah akan beredar dalam istilah kemerdekaan tetapi meninggalkan dan memaksa negara jajahan menggunapakai sistem wang kertasnya.. Oleh kerana sebahagian besar emas dan perak telah dikaut dan sistem kewangannya digunakan maka pihak penjajah masih boleh meneruskan penjajahannya walaupun tanpa menduduki negara tersebut.

Bila semua pemerintah Islam telah lupa pada emas dan perak dan DnD sebagai wang, maka ada pihak menqiaskan wang kertas kepada emas dan perak dalam keadaan dharurat kerana sumber DnD tidak mencukupi. Tetapi adakah ia mengambilkira FRB (penipuan terbesar) yang berlaku dalam cetakan dan penghasilan wang kertas sebelum menggenakan hukum penggunaannya?

Dalam Islam transaksi jual beli harus memenuhi 3 syarat (1) sukarela - antaroddin minkum, (2) setara - mithlan bi mithlin, (3) kecairan - yaddan bi yaddin. Secara logiknya wang kertas tidak memenuhi syarat tersebut nilainya dipaksa oleh pemerintah atas nilai cetakannya, nilainya tidak setara bagi setiap negara, kecairan tidak diperakui bagi negara yang berlainan.. logiknya ia tidak wajar digelar wang tetapi hanyalah kertas hutang yang diperakui oleh pemerintah negara tersebut. Penyewelengan penggunaan dinar dan dirham di negara arab dilakukan semasa pemerintahan Liga Arab (Saudi Arabia) yang bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan Utsmaniah.. Raja Sa'ud bin Abdul Aziz telah mendirikan bank sentral yang bernama: Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) dan menerbitkan uang kertas riyal pada tahun 1961. Ini kerana Raja terpesona menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak (dirham) dan dinar.

Isu yang pertama wang kertas yang berleluasa pada asalnya wujud atas dasar penipuan dan penyelewangan untuk menafikan peranan keseimbangan DnD, mencipta ilusi kekayaan diluar batasan, menganiaya orang/negara lain, memudahkan penjajahan hanya melalui peperangan dan sekatan ekonomi... namun kerana mereka memegang kuasa jajahan dan kemudahan penciptaan wang kertas, maka wang kertas tersebar luas walaupun berpaksikan penipuan dan penyelewengan. Wajarkah kita katakan transaksi penipuan, penyelewengan dan kewujudan wang kertas ini telah haram penggunaannya?

Isu yang kedua setelah isu yang pertama telah kuat bertapak, atas dasar dharurat, penyelewengan wang kertas terus dilakukan oleh pemerintah dan hukum keatasnya dikenakan seperti mana emas dan perak oleh pemerintah Islam/Raja/penjajah yang menyeleweng ini dan wajib diikuti oleh semua rakyat/negara/pemerintah yang dijajah/diperintah secara rela paksa. Bilamana rela paksa ini berterusan, lama kelamaan maka semua orang terbiasa walaupun membelakangkan hukum Islam yang terawal. Wajarkah kita gunakannya sebagaimana akujanji pemerintah dalam keterpaksaan? Wajarkah penyelewengan yang kedua ini kita letakkan hukum yang tertentu bilamana isu pokok kepada permasalahan yang pertama tidak diambil kira atau diselesaikan terlebih dahulu?

Adakah wajar kita kembali kepada DnD untuk menyelesaikan isu kedua-dua diatas dalam kaedah penyelesaian?
Adakah dengan menggunakan wang kertas pada hari ini kita terlepas dari hukum isu yang pertama dan perlukah kita menyokongnya?
Adakah wang kertas masih bersifat numismatik dan wajar diqiaskan dengan hukum emas dan perak?
Wajarkah kita mengurangkan semaksima mungkin penggunaan wang kertas?
Apakah usaha kita untuk keluar dari sistem penipuan dan penyelewengan ini?
Wajarkah kita mengharuskan sesuatu yang telah haram untuk meringankan penggunaannya? Ini dah ada 2 hukum dalam 1 transaksi, adakah boleh diqiaskan dengan 2 transaksi dalam 1 akad?

Haram kekal haram, riba kekal riba, jualbeli kekal jualbeli... namun perlu berhati2 kerana semua itu boleh berlaku dalam 1 transaksi muamalat. Perkara yang mudah jangan dirumitkan, jika sesat pulang ke pangkal jalan... Keringanan hanya membuatkan kita terus lalai dan hilang usaha kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam...
FB: Nazly Tahir

Jul 19, 2011

Emas menganas!


Lihat post saya pada 3-Julai, harga emas pada masa itu hanya USD1482, kini pada 18-Julai harga emas adalah USD1605, kenaikan sebanyak 8.3%. Banyak tu, hanya 2 minggu sudah mendapat pulangan yang lumayan. Jika dibandingkan dengan ASB, setahun pun belum dapat capai pulangan sebanyak tu.
Jangan tunggu lagi, cepat jadikan emas sebagai medium simpanan kekayaan.

Jul 13, 2011

1dinar dibeli oleh pelajar sekolah


Terciptalah sejarah dalam urusan jual beli dinar semalam.
Pertama - Dinar dibeli oleh pelajar sekolah, ye sekolah! bukan pelajar kolej atau universiti. Terkenang jaman muda saya dulu, kalau umur begini, duit RM600++ mesti nak beli baju atau seluar atau kasut. Tetapi remaja ni telah memiliki emas. Tahniah.
Kedua - ini adalah pelangan pertama saya yang bukan bumi. Terbaikkkk.


HARGA EMAS DAH NAIK SANGAT SESUAI UNTUK MENUAI NI.

Jul 11, 2011

Bernama: Guna Dinar Emas



Negara Islam disaran guna dinar emas

ALOR SETAR 9 Julai - Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata, mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.

Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan.

"Jual beli dinar mempunyai susut nilai yang kecil iaitu sebanyak lima peratus berbanding 30 peratus bagi emas perhiasan yang terdapat di kedai emas.

"Malah keuntungan bagi simpanan dinar selama setahun boleh mencecah 37 hingga 50 peratus," katanya. - BERNAMA

Jul 6, 2011

LiteGold Pendant




Produk terbaru dalam pasaran dan juga merupakan produk terbaru dalam koleksi jualan kami, LiteGold Pendant. Terdapat dalam berat 5g, 10g & 20g.
Sesuai digunakan untuk perhiasan, simpanan dan perlaburan.
Anda bijak... buatlah pilihan yg sesuai.
Kalau berkanan hubungi kami... stock sediaada.

Jul 3, 2011

Minggu terbaik memborong emas


GRAF 1: Harga Emas Terkini


GRAF 2: Pattern Harga Emas Sepanjang tahun

Minggu ini emas berada di tahap paling murah sejak May 2011. Amat sesuai untuk menambah stock bagi memaksimumkan pulangan pelaburan. Berdasarkan berita dari Blomberg, emas akan melantun kembali.
Dengan pelbagai isu inflasi, memang sesuai jika duit fiat ini ditukarkan kepada emas.

Sila rujuk graf.
Graf 1 menunjukkan pattern terkini
Graf 2 menunjukkan pattern sama akan berlaku sepanjang tahun, ia akan rendah dan kemudian naik. Rujuk kotak

Apa tunggu lagi... hubungi saya untuk LOCK EMAS ANDA!!!!