Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Nov 25, 2010

Notis Am

Surat kebenaran dibawah membuktikan bahawa pihak Bank Negara Malaysia tiada halangan bagi pihak Public Gold dan ejen-ejennya untuk menjalankan aktiviti jual-beli emas. Jual-beli adalah berdasarkan fizikal emas dan tiada kena-mengena dengan Akta yang melibatkan matawang.


Kami tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen daripada pembelian EMAS kami. Anda akan memperolehi keuntungan dengan menyimpan EMAS kerana harga EMAS meningkat setiap tahun, mempunyai nilai intrinsik dan paling penting EMAS adalah penyimpan kekayaan anda. Anda beli EMAS, dapat EMAS. Lebih membanggakan EMAS yang dijual oleh kami adalah lebih murah daripada yang terdapat di pasaran. Setiap emas keluaran Public Gold mempunyai sijil pengesahan ketulenan daripada Penang Assay Office Sdn Bhd.


Nov 21, 2010

Dinar Emas & Mas Kahwin/Wang Hantaran


Dinar Emas memang sesuai dijadikan Mas Kahwin atau Wang Hantaran kerana:
(a) Tunjuk lambang cinta abadi. Sifat semulajadi emas yang tidak dapat dimusnahkan menjadi lambang ikatan cinta yang juga tidak akan dimusnahkan.
(b) Glamour. Ya emas dari dahulu sehingga kini merupakan lambang kemewahaan, kegembiraan dan kesejahteraan.
(c) Bukti kasih. Boleh disimpan untuk dijadikan bukti ikatan kasih.

Hadis berkenaan Mas Kahwin dan dirham/dinar :-

Maksud satu hadits, antaranya diriwayatkan oleh Muslim, Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.' Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?' Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 'Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."

Gambar Hiasan diambil dari blog lain.

Nov 19, 2010

Stok Terkini

1 Dinar
Stok Sedia ada: 5 keping 4 keping
Harga: Harga Semasa PG (sila rujuk sebelah kiri halaman ini)




5 Dinar
Stok Sedia ada: 1 keping
Harga: Harga Semasa PG (sila rujuk sebelah kiri halaman ini)


Gold Bar 999 20g
Stok Sedia ada: 3 keping 1 keping
Harga: Harga Semasa PG (sila rujuk sebelah kiri halaman ini)
Stok di atas adalah stok sedia ada, bayar terus dapat. Beli emas dan emas ini adalah milik anda.
Hubungi Nazrin 012-3000311

Nov 9, 2010

Emas pengukur pergerakan mata wang

Emas pengukur pergerakan mata wang

LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.
Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.
Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.
''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.
Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.
Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.
''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.
China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.
Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.
Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.
Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP

Nov 2, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang.

Berita Penuh: Utusan 2-Nov-2010
Utusan Malaysia Online - Ekonomi