Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Oct 25, 2010

New Dealer Orientation 24/10
















New Dealer Orientation diadakan pada 24-Oct-2010. Orintasi ini diberikan oleh En Vincent, bertempat di Sunway. Pelbagai teknik dan ilmu diterapkan kepada dealer aka Tokey Emas yang baru. Kehadiran memang memberangsangkan, ramai betul, memang tak muat tempat yang disediakan tu.

Dan di akhir NDO tu, dapatlah kami Sijil pengiktirafan sebagai Autorized Dealer Public Gold.

Oct 20, 2010

Zakat: Selaraskan Zakat & PCB

Zakat pendapatan kita adalah dalam kadar 2.5% sahaja.
Manakala PCB kita biasanyer lebih kurang 6% to 10% (anggapan sahaja).
Maka bolehla kita convert semua PCB tu untuk zakat yang mana lebihan itu sebagai bayaran zakat yang lain-lain seperti ZAKAT EMAS, zakat simpanan, zakat qada.
Untuk detail sila baca artikel dibawah atau rujuk Lembaga Zakat



Artikel dari blog e-zakat:
Selaraskan Cukai, PCB dan zakat anda sekarang

Posted in December 14th, 2009
by Administrator

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Di dalam mengelolakan ruangan Bicara Zakat di akhbar Utusan Malaysia, antara persoalan yang pernah saya kupas ialah mengenai pelarasan zakat dan cukai yang akan dinikmati oleh seseorang individu muslim yang menunaikan zakat. Soalannya mudah sahaja, misalnya sejauh manakah seseorang itu berhak mendapat rebat atau pengurangan cukai implikasi zakat yang ditunaikan? Sebahagian daripada jumlah cukai atau sepenuhnya atau ada peratusan tertentu yang layak? Bagaimana pula mekanisme pelarasan dilaksanakan? Apakah pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengiktiraf pelarasan ini dan bagaimana mereka tahu seseorang itu sudah berzakat? Berapa tahun kebelakangkah atau tempoh masa yang diizinkan? Dan banyak lagi soalan yang konotasinya hanya satu: Saya menginginkan rebat ke atas cukai saya hasil zakat yang saya lunaskan.Sebelum saya mengupas isu ini secara lebih rinci, berikut dipaparkan petikan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3):
“Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.”
Baiklah, selanjutnya sejauh manakah seseorang berhak mendapatkan rebat ke atas cukainya? Dalam hal ini, sesuatu yang wajib diketahui ialah, pembayaran zakat hanya diberikan rebat oleh LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan. Ia bermakna, jika seseorang itu membayar zakat pada tahun taksiran 2008, maknanya rebat akan diberikan pada tahun berkenaan sahaja. Tiada istilah boleh patah-balik atau ‘back-ward’ bagi mengira zakat yang telah dilunasi pada tahun-tahun terdahulu. Oleh itu, apa yang penting ialah tarikh zakat dibayar; bukannya tarikh haul. Jika tarikh haul seseorang sudah berlalu, katakanlah seseorang itu membayar zakat bagi haul tahun 2007, maka di atas resit akan tertulis ‘haul zakat 2007’; namun ia sebenarnya hanya akan dikira untuk rebat pada tahun 2008 juga.
Seterusnya, berapakah jumlah yang diizinkan oleh pihak LHDN untuk dibuat potongan atau rebat? Menurut ACP 1967, Seksyen 6A (3) di atas, tidak disebutkan jumlah amaun yang tertentu atau batas amaun yang tertentu. Ini bermakna, selagi mana pembayaran itu dibuat atas nama pembayaran yang wajib di sisi agama – dalam konteks ini ialah zakat – maka ia masih dikira valid untuk memperolehi rebat ke atas cukai.
Walau bagaimanapun, timbul isu apabila seseorang memberikan zakat dalam amaun yang besar berbanding pendapatannya. Harus diingat, kadar zakat hanyalah dalam batas 2.5 peratus sahaja, maka seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, adakah sebenarnya pendapatan seseorang itu adalah lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang taksiran cukai (BE).
Maka, di sini pihak pembayar zakat sewajarnya bijak menggunakan keluwesan akta yang meletakkan ‘bayaran wajib’ bagi menunaikan lain-lain zakat dan tidak semestinya hanya terbatas kepada zakat pendapatan sahaja. Mereka boleh misalnya menunaikan zakat emas, zakat saham, zakat wang simpanan, KWSP hatta qada zakat terdahulu ke dalam bayaran zakat menerusi ‘potongan zakat pendapatan’ semasa dan ini semua adalah bayaran wajib yang melayakkan mereka untuk memperolehi rebat ke atas cukai pendapatan mereka.
Di samping itu, apabila seseorang itu sudah menunaikan kewajipan zakat maka mereka harus menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran zakat, sama ada resit bayaran zakat fitrah mahu pun penyata zakat tahunan. Ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN kelak, apabila diminta berbuat demikian. Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana deklarasi yang dibuat tidak dapat dibuktikan.
Contoh rebat ke atas cukai pendapatan Encik X pada tahun 2008:
Cukai patut dibayar RM5,000
Zakat pendapatan RM1,200
Zakat wang simpanan RM1,800
Qada Zakat RM1,000
Baki cukai perlu dibayar RM1,000
Sekarang, mari kita lihat pula apakah kesan pelarasan zakat dan cukai, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam Potongan Cukai Berjadual (PCB). Mengikut Warta Kerajaan bertarikh 1 Januari 2001 berkenaan dengan kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) (Pindaan) 2000 dan berkuatkuasa mulai Januari 2001, apabila seseorang pekerja telah membuat bayaran zakat kepada pihak berkuasa zakat, maka majikan boleh membuat penyesuaian (pelarasan) kepada PCB yang harus dipotong setelah melihat bukti tentang bayaran zakat tersebut. Keputusan ini memberikan implikasi yang sangat besar kepada amalan zakat di Malaysia, kerana setiap orang Islam yang menunaikan zakat khususnya menerusi Skim Potongan Gaji (SPG) dan mereka juga dikenakan PCB, maka mereka berhak mendapatkan pelarasan ini secara automatik.
Contoh 1: Kesan pelarasan PCB – Zakat (SPG) Encik Y bagi Januari 2009
PCB bagi Januari 2009 RM100
SPG bagi Januari 2009 RM70
Baki PCB yang perlu dipotong RM30
Contoh 2: Kesan pelarasan PCB – Zakat (SPG) Encik Z bagi Februari 2009
PCB bagi Februari 2009 RM55
SPG bagi Februari 2009 RM60
Baki PCB yang perlu dipotong RM00
Apa yang lebih menarik, dalam kes Contoh 2 di atas, lebihan zakat (SPG) sebanyak RM5 berhak di bawa ke bulan hadapan. Walau bagaimanapun, pelarasan sedemikian hanyalah tertakluk kepada tahun semasa sahaja, yakni tidak boleh dibawa sehingga melewati ke tahun berikutnya.
Dalam kes pelarasan di antara SPG dan PCB ini, para pekerja muslim berhak memohon pelarasan agar dilakukan oleh pihak majikan mereka, sama ada majikan awam ataupun swasta. Namun begitu, ia masih tertakluk kepada kesediaan majikan itu sendiri. Perlaksanaan pelarasan ini juga amat memudahkan mereka, kerana tidak lagi perlu menunggu sehingga ke tahun berikutnya bagi memperolehi pelarasan di antara cukai dan zakat dariapada pihak LHDN.
Kesimpulannya, pindaan pelarasan di atas hakikatnya adalah satu rahmat kepada orang Islam khususnya mereka yang memang terlibat dengan cukai pendapatan. Ini kerana, ia memberikan lebih keluwesan kepada umat Islam dalam mematuhi peraturan agama Islam, iaitu berzakat. Apa yang lebih penting, pematuhan syariat Allah s.w.t akan terlaksana tanpa perlu menidakkan undang-undang negara. Inilah namanya, syariat Allah dijunjung, undang-undang negara dikelek, sama-sama beroleh untung, demi menjadi warga negara yang baik. Wallahua’lam.

Oct 16, 2010

Jika ada RM5000 !




Jika ada RM5000, nak buat apa ye. Apa lagi, simpan dalam bentuk Emas Padu la. Sama ada Emas 999 atau 916. Dibawah adalah beberapa produk emas yang boleh diperolehi dengan wang sejumlah itu pasa masa post ini ditulis.

a) Paling best, kumpul dalam gandaan 1 dinar, senang nanti kalau nak guna sedikit tunai boleh dijual balik atau digadai sebahagian emas tu. Harga dinar pada masa kini adalah RM639, so boleh la dapat 8 dinar (tambah la sikit RM112).

8 x 1 Dinar

b) Kumpul dalam emas 999 20g, pada masa ni harganya adalah RM3095. Oleh yang demikian dapatla la 1 bar emas 999 20g dan 3 dinar (tambah la sikit RM12).

1 x 1 bar emas 999 20g
3 x 1 dinar
Tu la serba sedikit yang saya nak kongsi

Oct 15, 2010

Emas Pertama


Alhamdullillah, Emas 1 Dinar

telah berada dalam gengaman. Ini merupakah langkah pertama pembabitan dalam bidang jualbeli emas.

Oct 12, 2010

Berita Harian Online | Negara tak hadapi risiko inflasi: Zeti

Bank Negara kekalkan OPR 2,75 peratus MALAYSIA ketika ini tidak berdepan risiko inflasi, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada Bank Negara Malaysia dalam membuat keputusan berhubung kenaikan kadar faedah seterusnya.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dalam temubual dengan Bloomberg di Washington, semalam, berkata kos pinjaman semasa adalah pada kadar sesuai yang sangat menyokong kegiatan ekonomi.
Kadar faedah itu katanya, juga sejajar dengan kehendak Bank Negara yang mahukan satu dasar kewangan yang terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Zeti berkata, Malaysia mengambil langkah menaikkan kadar faedahnya tahun ini sebelum mana-mana bank pusat Asia yang lain berbuat demikian bertujuan mengurangkan ketidakseimbangan kewangan apabila kos pinjaman berada pada paras yang terlalu rendah untuk tempoh yang sangat lama. Bank Negara mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bulan lalu selepas menaikkannya tiga kali berturut-turut bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi ekonomi negara yang menerima kesan daripada kelembapan ekonomi global. “Kita tidak akan membiarkan ekonomi merosot hanya semata-mata untuk mendapatkan kestabilan harga,” kata Zeti. Dalam temu bual pada Mesyuarat Tahunan Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu, Zeti menegaskan dalam membuat keputusan berhubung kenaikan kadar faedah itu, pertimbangan wajar turut diberikan kepada aspek memastikan pertumbuhan ekonomi. “Pertimbangan mengenai soal pertumbuhan juga penting. Pertumbuhan global dijangkakan sederhana. Kami tidak terkecuali,” katanya. Kadar inflasi meningkat kepada paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan pada Ogos lalu selepas kerajaan mengurangkan subsidi gula dan petroleum. “Ketika ini, kami tidak melihat risiko inflasi dan mempunyai fleksibiliti dalam soal ini,” kata Zeti sambil menambah kadar faedah bukanlah satu-satunya langkah yang diambil bank pusat dalam mengekang kenaikan harga. “Kami melihat kepada lebih banyak cara dalam berdepan dengan masalah kenaikan harga, sekiranya ia meningkat,” katanya. Selain itu, beliau berkata, kadar inflasi ketika ini juga rendah sedikit berbanding jangkaan awal.

Link BH:
Berita Harian Online Negara tak hadapi risiko inflasi: Zeti

Oct 11, 2010

Menjadi Tokei Emas



Tarikh keramat 91010, bermulalah langkah pertama untuk menjadi tokei emas. Setelah ditimbang-timbang, dikira-kira, disukat-sukat, diukur-ukur dan dicanang-canang, maka pada hari ini dalam sejarah saya membeli emas untuk diri sendiri dan juga memasuki dunia perniagaan emas.

Seminar Peluang Pelaburan dan Perniagaan Emas ini memang hebat dan berupaya membuka minda terhadap perniaggan emas ini. Tahniah kepada En Syukor di atas perkongsian pengalaman dan pengetahuan beliau terhadap dunia emas ini.

Oct 10, 2010

Dinar


Dinar merupakan nama matawang rasmi yang mula digunakan semasa zamah kegembilangan Islam. Mengikut Wikipedia, dinar diambil namanya sempena matawang Roman 'denarius' yang bermaksud sepuluh kali. Penggunaan dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi dan aktiviti jual beli sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Kini martabat dinar cuba diangkat semula sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa.
Kebanyakan piawan dinar ini bersandarkan kepada zaman Khalifah Syaidina Umar Al Khattab RA iaitu satu (1) dinar ditempa daripada emas 22 karat (ataupun emas 916), manakala beratnya adalah 4.15 gram. Ia juga dihiasi dengan elemen tulisan khat yang menarik.

Oct 5, 2010

Emas


1. Emas adalah bahan logam yang digunakan sebagai matawang dan juga perhiasan. Ia adalah simbol kemewahan dan kekayaan.
2. Emas digunapakai sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang dicetak bersamaan jumlah wang yang disimpan bank negara.
3. Emas digunakan dengan meluasnya pada perang dunia pertama bagi membayai kempen peperangan.
4. Emas digantikan dengan tukaran matawang kertas selepas perang dunia kedua dengan mengikut kaedah Bretton Woods.
5. Emas terdiri daripada unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)dan nombor atom untuk emas adalah 79.
6. Emas memiliki sifat fizikal yang berkilat, lembut dan tumpat
7. Emas berwarna kuning berkilau.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa.
9. Emas adalah sangat tumpat, i meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
10. Emas tidak teroksida atau bertindakbalas dengan air.
11. Emas adalah konduktor elektrik dan haba yang sangat baik.
12. Emas juga meluas digunakan sebagai bahan industri elektronik, litar komputer, peralatan stallites dan juga peralatan komunikasi.
13. Emas tidak berkarat.
14. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindakbalas dengan unsur lain.
15. Emas tidak bertindakbalas atau larut di dalam Asid Nitrik .

* Image courtesy of the California Geological Survey.