Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Oct 12, 2010

Berita Harian Online | Negara tak hadapi risiko inflasi: Zeti

Bank Negara kekalkan OPR 2,75 peratus MALAYSIA ketika ini tidak berdepan risiko inflasi, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada Bank Negara Malaysia dalam membuat keputusan berhubung kenaikan kadar faedah seterusnya.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dalam temubual dengan Bloomberg di Washington, semalam, berkata kos pinjaman semasa adalah pada kadar sesuai yang sangat menyokong kegiatan ekonomi.
Kadar faedah itu katanya, juga sejajar dengan kehendak Bank Negara yang mahukan satu dasar kewangan yang terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Zeti berkata, Malaysia mengambil langkah menaikkan kadar faedahnya tahun ini sebelum mana-mana bank pusat Asia yang lain berbuat demikian bertujuan mengurangkan ketidakseimbangan kewangan apabila kos pinjaman berada pada paras yang terlalu rendah untuk tempoh yang sangat lama. Bank Negara mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bulan lalu selepas menaikkannya tiga kali berturut-turut bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi ekonomi negara yang menerima kesan daripada kelembapan ekonomi global. “Kita tidak akan membiarkan ekonomi merosot hanya semata-mata untuk mendapatkan kestabilan harga,” kata Zeti. Dalam temu bual pada Mesyuarat Tahunan Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu, Zeti menegaskan dalam membuat keputusan berhubung kenaikan kadar faedah itu, pertimbangan wajar turut diberikan kepada aspek memastikan pertumbuhan ekonomi. “Pertimbangan mengenai soal pertumbuhan juga penting. Pertumbuhan global dijangkakan sederhana. Kami tidak terkecuali,” katanya. Kadar inflasi meningkat kepada paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan pada Ogos lalu selepas kerajaan mengurangkan subsidi gula dan petroleum. “Ketika ini, kami tidak melihat risiko inflasi dan mempunyai fleksibiliti dalam soal ini,” kata Zeti sambil menambah kadar faedah bukanlah satu-satunya langkah yang diambil bank pusat dalam mengekang kenaikan harga. “Kami melihat kepada lebih banyak cara dalam berdepan dengan masalah kenaikan harga, sekiranya ia meningkat,” katanya. Selain itu, beliau berkata, kadar inflasi ketika ini juga rendah sedikit berbanding jangkaan awal.

Link BH:
Berita Harian Online Negara tak hadapi risiko inflasi: Zeti

No comments:

Post a Comment