Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold, sila hubungi saya. Kelebihan menjadi dealer.



Nov 21, 2010

Dinar Emas & Mas Kahwin/Wang Hantaran


Dinar Emas memang sesuai dijadikan Mas Kahwin atau Wang Hantaran kerana:
(a) Tunjuk lambang cinta abadi. Sifat semulajadi emas yang tidak dapat dimusnahkan menjadi lambang ikatan cinta yang juga tidak akan dimusnahkan.
(b) Glamour. Ya emas dari dahulu sehingga kini merupakan lambang kemewahaan, kegembiraan dan kesejahteraan.
(c) Bukti kasih. Boleh disimpan untuk dijadikan bukti ikatan kasih.

Hadis berkenaan Mas Kahwin dan dirham/dinar :-

Maksud satu hadits, antaranya diriwayatkan oleh Muslim, Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.' Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?' Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 'Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."

Gambar Hiasan diambil dari blog lain.

No comments:

Post a Comment